Friday, July 16, 2010

Cara Membasuh CD

 Agen pembersih dan pemutihan yang terbaik adalah MATAHARI




Ini adalah langkah ASAS yang patut diketahui oleh semua ibu-ibu yang menggunakan Cloth Diaper. Salah satu perkara penting mengenai Cloth Diaper ialah kita perlu menjaga CD dengan sebaik-baiknya. Jika anda mahu CD anda tahan lebih lama, anda perlu tahu bagaimana untuk membersihkan, membasuh dan mengeringkan CD. Dengan cara ini, CD anda dapat bertahan dari anak anda bayi sehinggalah dia berumur 3 tahun atau boleh digunasemula untuk anak-anak anda seterusnya (mana tau kan!!), jual semula atau boleh diberikan sebagai hadiah. Inilah yang kita panggil penjimatan nilai dan wang!!! :)

Di sini terdapat petua mengenai penjagaan CD:

  • Gunakan sepenuh kuasa pancaran MATAHARI! Pengeringan di bawah cahaya matahari boleh membantu menghilangkan kesan secara natural. Dan ianya PERCUMA!
  • Prewash CD anda: Minimum 1-2 kali untuk CD baru sebelum guna untuk memastikan penyerapan yang lebih baik. Caranya: basuh-sidai-kering-basuh-sidai-kering-basuh-sidai-kering (saya suka buat 3x)
  • Jangan menggunakan pelembut kain (softener), pemutih (clorox) atau sabun yang mengandungi enzim: Ia akan merosakkan fiber pada CD.
  • Gantung CD selepas dibasuh: Untuk memastikan CD mengekalkan bentuknya.
  • Basuh CD dengan betul! Gunakan sabun yang betul dan kitaran basuhan (boleh guna mode SOAK pada mesin basuh anda)
  • Jangan gunakan krim lampin bersama-sama CD: Ia akan meninggalkan kesan pada lampin, melainkan anda menggunakan krim yang khusus untuk CD
  • Belajar cara yang betul untuk membasuh CD sebelum anda menggunakan CD.
  • Berhati-hati dengan sabun yang digunakan untuk membasuh CD; Anda boleh menggunakan sabun yang khusus untuk membasuh pakaian bayi
  • Pastikan CD dikeringkan sepenuhnya: Atau anda akan mendapati CD anda berbau kotoran bayi anda.
  • Bersihkan mesin basuh anda: Kotoran pada CD akan melekat pada mesin basuh. Untuk membersihkan, gunakan cuka, baking soda dengan air panas dan gunakan mesin basuh seperti biasa.
  • Gunakan cuka untuk membantu mengawal bau: Ia turut membantu menghilangkan kesan kotoran
  • Jus lemon: Boleh juga digunakan sebagai penghilang kesan yang semulajadi untuk CD.
Okey, kita mulakan dengan langkah pertama,

1. Bila anda dapat sahaja CD anda, sila buat PRE WASH dahulu cloth diaper anda sekurang-kurangnya 3 kali sebelum pertama kali hendak digunakan.
Caranya: basuh-sidai-kering-basuh-sidai-kering-basuh-sidai-kering
Harus anda ingat, semakin banyak anda basuh semakin baik daya serapan CD anda, dan ini boleh elak kebocoran. Bila dah banyak kali basuh nanti, Insyallah prestasi CD akan akan bertambah baik. Gunakan sedikit saja sabun. kira-kira 1/4 sukatan. lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzim (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitive.

Jika nak basuh CD yg basah disebabkan baby anda pee pee, bilas dan boleh terus dibasuh dengan tangan (berus tidak digalakkan terutama berus sabut, nanti berserabut CD anda jadinya) atau dimasukkan ke dalam mesin basuh seperti biasa. Seelok-eloknya dimasukkan ke dalam laundry net supaya cloth diaper lebih tahan lama (disamping menjaga jahitannya agar tdk rosak). Seperti prewash juga, kurangkan sukatan sabun (1/4 daripada sukatan biasa).



Masukkan CD dalam mesin basuh~~kalu ada laundry net lagi bagus! (masa nie lupa nak pakai net tu...he3, lupe aje!) Jangan lupa masukkan sabun yer!




Selalunya saya set basuhan 'Soak', yang lain MR 'M' bantu utk wash & spin
OK!
Jika berpoo-poo pula, saya buang poo-poo ke dalam toilet bowl, pancut dengan air yang deras untuk tanggalkan sisa poo-poo. Kadang-kadang saya letak bawah air paip yang deras, poo poo tu mengalir ke lubang dalam tandas. Ikut korang la nak buat macam mana yer janji poo poo anak anda dialirkan ke tempat yang betul, he3. Kadang2 saya rendam dalam besen dlu. Pastu baru lempar masuk mesin sekali ngan CD kena pee pee yg dah dibilas.


Ni CD yang POO POO nyer telah di alir ke lubang tandas..ni saya jirus bawah paip agar tak dak saki baki kesan POO POO, mana tahu masih melekat.
AMARAN:
JANGAN sesekali anda masukkan 'softener' atau clorox semasa membasuh kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan clorox boleh merosakkan cloth diaper.

Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada. Andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpan tidak boleh lebih dari 3 hari.

Di sini saya ingin berpesan pd anda yang baru nak mula ber CD ni, jangan rendam CD anda tu jika belum tiba masa anda nak membasuh. Ini kerana CD itu bertujuan menampung air dr pee pee anak anda sahaja, bukan menampung selain dr itu. Di bimbangi jika anda rendam terlalu lama, akan ada bau hancing pada CD anda (saya dah terkena dulu, hu3).


hah ni la bakul penyelamat CD2 yg dah digunakan. Yang kat bwh utk CD yang kena PEE PEE, yg kat atas yang kena POO POO....
Jika CD anda ada kekuningan (akibat dari POO POO anak anda) jangan risau!!!! Ia akan hilang apabila dijemur di tengah panas matahari !!

Dah siap basuh, guna hanger dan letak bawah kipas jika anda nak guna untuk keesokkan harinya.

No comments:

Post a Comment