Wednesday, July 14, 2010

Pengenalan pada Cloth Diaper

Apa itu Cloth Diaper?

Ia adalah kain lampin moden yang mana fungsinya yang sama dengan lampin pakai buang yang berada di pasaran. Salah satu perbezaan yang ketara adalah kain lampin moden ini boleh dibasuh berulang-ulang kali sehingga anak anda sudah pandai potty train.

Apakah kelebihan Cloth Diaper?

Terdapat beberapa kelebihan Cloth Diaper jika dibandingkan dengan produk lampin pakai buang yang berada di pasaran sekarang ini.
1. Mampu menjimatkan wang anda setiap bulan
2. Cloth diaper yang sama boleh digunakan sehingga anak anda potty trained.
3. Salah satu usaha untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.
4. Mengurangkan alergi ke atas kulit bayi yang lembut - tidak terdedah dengan bahan kimia yang terdapat dalam lampin pakai buang
5. Corak yang cantik-cantik dan warna yang menceriakan untuk bayi anda

Bagaimana dengan pemakaiannya?

1. Setkan saiz untuk anak anda (samada saiz S, M, L) dengan menggunakan Snap button 3x3.
 2. Insert perlu dimasukkan sehelai (untuk pemakaian harian) atau dua helai (waktu malam) untuk setiap pemakaian pada poketnya.

3. Pakaikan kain lampin seperti mana lampin pakai buang.
4. Jika anda mengenakan Cloth Diaper All-In-One (Insert dijahit terus dalam poket Cloth Diaper), anda hanya setkan saiz anak anda dan teruskan pemakaian cloth diaper untuk anak anda.
MUDAH KAN!!!


 Bagaimana nak bersihkan?

1. Semburkan air pada kotoran di cloth diaper.
2. Rendam dalam baldi (jika suka)
3. Basuh cloth diaper anda macam biasa
4. Untuk meningkatkan jangka hayat cloth diaper anda, masukkan cloth diaper dalam laundry net. 
PERINGATAN:
Jangan gunakan pencuci yang ada bahan peluntur, pelembut kain dan enzim sebab akan cepat merosakkan cloth diaper dan menyebabkan sensitif pada kulit bayi.
Sabun yang biasa digunakan Pureen HAD kerana lembut pada kulit bayi.
Sejurus anda mendapat cloth diaper, pastikan anda lakukan PRE-WASH sebanyak 3 kali. Ini untuk membuang saki-baki pengilangan (manufacturing residue) dan untuk mendapatkan daya serapan yang lebih baik.
Anda boleh baca di SINI untuk makluman lanjut.


PERBEZAAN BAJET DI ANTARA CLOTH DIAPER DAN LAMPIN PAKAI BUANG

Lampin pakai buang (DD):
Harga bagi 1 DD = RM 0.60
Penggunaan untuk sehari = 7 DD
Harga DD untuk sehari = RM 4.20
Harga DD untuk sebulan (30 hari) = RM 126
Harga DD untuk setahun = RM 1512
DD dipakai selama 3 tahun = RM 4536!!!


Cloth Diaper (CD):
Harga bagi 1 CD = RM 30
Penggunaan untuk sehari = 10 CD
Harga CD untuk sehari = RM 300
Harga CD selama 3 tahun = RM 300


Berapa yang anda dapat jimat: RM4536 - RM300 = RM4236!!!!!


Anda lihat betapa banyak anda boleh berjimat dengan menggunakan Cloth Diaper.


Maka, beralihlah ke Cloth Diaper!!!

No comments:

Post a Comment